BAYANGKAN HIDUP TANPA KAKI...
Untuk bangun ambil segelas air pun, mereka terpaksa merangkak.
Untuk keluar rumah, mereka hanya mampu menatap dari jendela.
Ramai antara kita tak sedar…
Hanya 10% sahaja dari asnaf yang mampu mendapatkan kaki palsu — selebihnya masih menunggu dengan penuh harapan.
Sejak tahun 2022, 350 insan telah kembali berdiri semula dengan bantuan kaki palsu melalui program Feet4Life di bawah Yayasan Uniti.
Namun masih ada 40 orang pemohon yang masih menunggu peluang yang sama.
Seperti kata Puan Salmah,
“Siapa saja yang tak sedih selepas kehilangan kaki yang telah bersamanya selama 60 tahun…”
Hari ini, kita boleh bantu ubah nasib mereka.
Sedikit sumbangan dari anda boleh jadi sebab seseorang kembali melangkah ke surau, ke tempat kerja, atau sekadar memeluk cucu tanpa perlu dipapah lagi.
💚 Buatlah pembayaran di bawah untuk ubah hidup mereka.
Setiap sumbangan bermakna, sekecil mana pun.
#Feet4Life #YayasanUniti #KakiPalsuUntukSemua #KempenPrihatin #BantuanKemanusiaan